Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Pusat Pemberian Vaksin Umbai Dibuka

By 27 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Azreen Ahmad (Jasin)

SERKAM, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Bagi melancarkan urusan pemberian vaksin kepada masyarakat, satu lagi pusat pemberian vaksin (PPV) dibuka di Dewan MPJ Seri Umbai dengan kerjasama pihak JAPERUN Serkam dan Klinik Kesihatan Daerah seterusnya menjadikan PPV ketiga di Daerah Jasin selain di Dewan Alamanda, Rim dan Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau.

Pengoperasian PPV ini bermula semalam bertujuan bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada masyarakat khususnya di dalam Dewan Undangan Negeri DUN Serkam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Serkam Zaidi Attan, dengan pengoperasian PPV ini  beliau berharap dapat meningkatkan pemberian vaksin secara maksima kepada masyarakat khususnya dalam DUN Serkam yang kebanyakannya masih ramai belum menerima vaksin walaupun satu dos suntikan.

Menurut Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin Umbai Teh Faridah Abdul Jalil, 36, dengan pengoperasian PPV ni seramai 300 orang setiap hari akan diberikan vaksin.

Pembukaan PPV Umbai bagi memudahkan masyarakat mendapat vaksinasi COVID-19

Pembukaan PPV Umbai bagi memudahkan masyarakat mendapat vaksinasi COVID-19

“Pada hari pertama hingga ke hari kesepuluh, kami akan menerima warga tempatan terlebih dahulu diikuti hari seterusnya akan di ambil menerusi aplikasi Mysejahtera.

“Pada setiap hari seramai 30 orang warga emas akan berikan secara tanpa janji temu dan keseluruhan petugas di PPV Umbai ini adalah seramai 50 orang bagi melancarkan urusan pemberian vaksin kepada masyarakat,” ujarnya ketika ditemui di Dewan MPJ Seri Umbai, di sini semalam.

Dalam pada itu, Zaidi Attan turut menyampaikan sumbangan lima buah laptop kepada PPV Umbai bagi melancarkan urusan pendaftaran penerima vaksin serta menyediakan khidmat pengangkutan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk mendapatkan vaksin.

-FF

Tinggalkan komen anda