
Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Muhd Alif Abd. Hamid (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU, 27 Jul (Malaysiaaktif)– Pasar Nelayan Pulau Betong menjadi lokasi pilihan program Info on Wheels(IoW) Merdeka kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Kemerdekaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan 2021.
Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Dr. Haniff Hassan, berkata tujuan Program IoW Merdeka ini adalah untuk mengajak semua lapisan masyakarat di setiap komuniti untuk bersama-sama menggelorakan Sambutan Bulan kebangsaan.
“IoW akan mengajak rakyat bersama-sama menyemarakan semangat kemerdekaan dan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
“Program hari ini, kita memberikan bendera kepada masyakarat setempat untuk mereka kibarkan Jalur Gemilang di kampung-kampung dan setiap perahu nelayan bagi menimbulkan rasa cinta negara serta menyemarakan semangat kemerdekaan,” katanya kepada Malaysiaaktif ketika ditemui dalam Program IoW Merdeka di pasar tersebut, di sini semalam.
Menurutnya, program IOW Merdeka akan diadakan sebanyak 75 Kali selama tiga bulan iaitu pada bulan Julai, Ogos dan September.
“Dijangkakan sebanyak 3000 bendera dapat diagihkan setiap daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Unit Nelayan Pulau Betong Arshad Omar, berkata konvoi IOW Merdeka menyusuri lautan biru hari ini adalah Simbolik Kempen Kibar Jalur Gemilang di perairan Pulau Betong.
“Kami menaiki bot sambil mengibarkan megah Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara dan semangat kemerdekaan,” katanya.
-ii-