Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pengurusan PPV UiTM Rembau pada Tahap Terbaik

By 18 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menambah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meningkatkan kadar vaksinasi harian sekaligus mempercepatkan usaha mencapai imuniti kelompok.

Menurut Penolong Rektor merangkap penyelaras PPV UiTM Kampus Rembau Profesor Madya Dr. Hj. Muhammad Hakimi Tew Abdullah, PPV yang beroperasi di sini merupakan PPV Integrasi (Jenis 5) merupakan PPV kedua dibuka dalam daerah Rembau.

“Pelan lantai, logistik dan fasiliti sepenuhnya diuruskan oleh pihak UiTM Kampus Rembau dengan penyelarasan bersama agensi Protect Health dibantu Klinik Anda dan Klinik Kesihatan Daerah.

Penerima vaksin sedang menerima kaunseling dari pegawai perubatan Klinik Anda.

Penerima vaksin sedang menerima kaunseling dari pegawai perubatan Klinik Anda.

“PPV ini menyediakan proses laluan secara sehala bagi mengelakkan pertembungan dan kesesakan turut juga menyediakan laluan khas kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai pemudah cara dibantu pasukan MYVAC dan petugas UiTM yang bertindak sebagai pembantu  di sini,” katanya ketika ditemu di PPV UiTM Rembau, di sini kelmarin.

Tambah Dr. Mohd Hakimi, beliau berharap kerjasama ini dapat mempercepatkan proses bagi mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat di daerah sini.

“Kami berharap dengan kerjasama antara UiTM dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kerajaan negeri dapat membantu kerajaan persekutuan dalam usaha mewujudkan imuniti kelompok dalam kadar segera yang mana kami cuba untuk memastikan seluruh masyarakat di Rembau menerima vaksin dalam masa terdekat,” tambahnya.

Seorang penerima vaksin di PPV tersebut Norfadhilah Kamarudin, 34, menyifatkan pengalamannya mendapatkan suntikan di pusat tersebut adalah memuaskan dan memuji pengurusan pusat PPV yang selesa, kondusif dan sangat tersusun serta petugas yang mesra sedia membantu bila-bila masa.

“Macam-macam cerita yang viral di media sosial tentang pusat vaksin tapi bila merasai pengalaman sendiri ternyata amat berpuas hati dengan prosedur, proses dan juga pengurusan pusat vaksin ini,” katanya.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda