Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Program Kita Prihatin IPD Nilai Bantu Kakitangan yang Terkesan

By 18 Julai 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/SI Sawal Abd Ghani (IPD Nilai)

NILAI, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRPD) IPD Nilai terus menjadikan kebajikan sebagai agenda utama persatuan dengan merealisasikan program kebajikan “Kita Prihatin” yang bertujuan menyantuni mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman menzahirkan ucapan penghargaan khususnya kepada pengerusi dan ahli PPRPD IPD Nilai atas inisiatif melaksanakan program kebajikan seumpama ini yang julung kali diadakan di daerah ini.

Mohd Fazley Ab Rahman menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima.

Mohd Fazley Ab Rahman menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima.

“Program berkonsepkan agihan bakul makanan ini menyasarkan warga IPD Nilai dan ahli keluarga yang dikuarantin, saudara baharu, kakitangan IPD Nilai yang mempunyai anak istimewa, pesara polis, pesakit kronik serta petugas pembersihan di IPD Nilai.

“Saya berharap usaha murni ini akan dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 selain mampu menjadi platform kepada Persatuan Pegawai Rendah Polis IPD Nilai untuk kesinambungan program kebajikan di masa akan datang.

“Terima kasih atas sumbangan ahli korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang turut sama menjayakan program ini menerusi khidmat korporat mereka dan menjadi harapan serta hasrat PPRPD IPD Nilai untuk menjadikan program ini wadah utama dalam menjaga kebajikan warga IPD Nilai,” katanya sewaktu menyempurnakan gimik penyerahan bakul makanan di pejabat Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Nilai, di sini kelmarin.

Menurut Mohd Fazley, semenjak program tersebut bermula pada 1 Julai 2021 sebanyak 142 bakul makanan telah diedarkan kepada golongan sasar secara berperingkat.

-FF

Tinggalkan komen anda