Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rekod Baharu Tertinggi dengan 9,180 Kes

By 10 Julai 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi semalam apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.

Kes harian baharu tertinggi pernah direkodkan sebelum ini ialah 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 4,400 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,271 kes, Negeri Sembilan (899) dan Sarawak 406 kes.

Kedah mencatat 417 kes, Sabah (323), Johor (315 kes), Melaka (222), Perak (241), Pahang (214), Kelantan (151), Pulau Pinang (142), Terengganu (82), Labuan (80), Putrajaya (16) dan Perlis satu kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda