Skip to main content
Berita TimurTerengganu

[KEMAS KINI] PICK Remaja di Terengganu Kini Bermula

By 21 September 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam memaklumkan Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi remaja di negeri tersebut kini bermula.

Menurut kenyataan tersebut, Program Suntikan Vaksin COVID-19 kepada remaja berumur 16 dan 17 tanpa comorbid akan bermula di seluruh Negeri Terengganu pada hari ini.

“Remaja-remaja bersekolah akan diberi temujanji untuk menerima suntikan mengikut sekolah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekolah yang telah ditetapkan di daerah masing-masing.

“Manakala, pelajar sekolah berasrama penuh di Negeri Terengganu digalakkan untuk menerima suntikan mengikut tarikh dan lokasi tempat suntikan (PPV Sekolah) yang telah ditetapkan mengikut pemakluman oleh pihak sekolah atau temujanji yang dipaparkan melalui aplikasi MySejahtera,” menurut kenyataan itu.

Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Untuk jumpa terus Suntikan Remaja 16-17 Tahun Di Negeri Terengganu.

Senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Untuk jumpa terus Suntikan Remaja 16-17 Tahun Di Negeri Terengganu.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan, pihak jabatan kesihatan negeri juga membuka permohonan suntikan secara jumpa terus di PPV KK (Klinik Kesihatan) bagi remaja-remaja 16-17 tahun mengikut kriteria.

“Antaranya pelajar sekolah berasrama penuh di negeri lain yang tinggal di Terengganu, pelajar sekolah berasrama penuh di daerah lain di Negeri Terengganu yang mengalami kesukaran untuk hadir ke PPV sekolah yang ditetapkan dan remaja 16-17 yang tidak bersekolah.

“Inisiatif jumpa terus ini hanya dilaksanakan di PPV KK yang telah disenaraikan mulai pukul 8.30 pagi sehingga 3.00 petang dan tiada perkhidmatan jumpa terus untuk remaja di PPV Awam di Negeri Terengganu.

“Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Imunisasi COVID-19 Negeri Terengganu di talian 09-6353801 dan 09-6353802,” katanya.

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda