Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

‘’Vaksin Dulu, Baru ke Sekolah’’

By 21 September 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Arief/ Muhammad Hariz (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Remaja adalah sebagai persediaan untuk pembukaan sekolah pada Oktober ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan serta mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.

Menurut Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands (PKDCH) Doktor Yu Kong Siong, program imunisasi yang berlangsung di Dewan Gemilang SMKSAS berjalan lancar dengan persediaan rapi oleh Pejabat Kesihatan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands.

‘’Program Imunisasi Vaksin COVID-19 pada hari ini melibatkan 309 orang pelajar SMKSAS yang terbahagi kepada 158 orang pelajar tingkatan empat dan 151 orang pelajar tingkatan lima yang menerima suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer BioNTech.

‘’Bagi pelajar yang bergelaja atau dalam tempoh kuarantin tidak perlu hadir untuk menerima suntikan yang mana mereka akan diberi satu tarikh baharu untuk menerima suntikan di PPV yang berdekatan setelah sihat atau selesai menjalani tempoh kuarantin mereka,” katanya yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah (SMKSAS) Tanah Rata, di sini, hari ini.

Para pelajar menantikan giliran untu menerima suntikan vaksin.

Para pelajar menantikan giliran untuk menerima suntikan vaksin.

Seorang pelajar yang ditemui Rose Atiqah, 16, berkata, sebagai pelajar beliau rasa bertanggungjawab untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 sebagai perlindungan dan keselamatan bukan untuk diri sendiri sahaja malah demi rakan-rakan serta guru memandangkan sesi persekolahan bakal dibuka tidak lama lagi.

“Pengambilan vaksin ini juga penting dalam memerangi virus COVID-19 yang melanda negara kita serta dalam usaha menjaga kesihatan diri dan juga orang di sekeliling saya.

“Saya juga ingin menyeru rakan-rakan agar tampil dan mengambil suntikan vaksin ini kerana kita semua akan kembali sekolah tidak lama lagi,” ujarnya.

Jadual pemberian vaksin kepada remaja akan diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja pada 22 September 2021 di mana seramai 175 orang pelajar akan terlibat manakala seramai 225 orang pelajar akan menerima vaksin di Sekolah Menengah Kebangsaan Ringlet pada 23 September 2021.

-AH-

Tinggalkan komen anda