Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

9,178 Kes Sembuh Berbanding 5,828 Kes Baharu

By 24 Oktober 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 9,178 kes sembuh COVID-19 dicatatkan semalam berbanding 5,828 kes baharu dengan 98.3 peratus atau 5,731 kes terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu hanya 1.7 peratus atau 97 kes merupakan dalam kategori tiga, empat dan lima.

Menurut Dr Noor Hisham, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 620 kes dengan 297 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata dua kluster baharu turut dilaporkan semalam iaitu di Johor dan Sabah, kedua-duanya merupakan kluster tempat kerja.

Katanya kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara semalam ialah 0.87 dengan Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt paling tinggi iaitu 1.02 manakala Labuan satu-satunya negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

Data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda