Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Bengkel Juruacara Majlis Cungkil Bakat Pegawai Baharu

By 14 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Bengkel Juruacara Majlis anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama tiga siri berturut-turut di Auditorium RTM Perak, semalam.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Sazeli Ghazali,  berkata seramai 15 orang peserta yang tediri daripada pegawai baharu JaPen  menghadiri Bengkel Juruacara Majlis tersebut.

Para peserta Bengkel Juruacara Majlis yang hadir di Auditorium RTM Perak, semalam.

Para peserta Bengkel Juruacara Majlis yang hadir di Auditorium RTM Perak, semalam.

“Bengkel ini diadakan untuk mencungkil bakat baharu dan mencari pelapis kepada bakat yang sedia ada supaya generasi ini tidak ketinggalan dalam menjadi seorang pengacara majlis yang berkebolehan tinggi.

“Saya berharap supaya segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepada mereka akan diterapkan dan dipraktikkan untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkebolehan tinggi di samping meningkatkan lagi keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai di masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan taklimat di Auditorium RTM semalam.

Jelasnya lagi, bengkel ini juga memberi pendedahan bagaimana hendak menggunakan atau menyusun salutasi dengan betul, teknik penggunaan nada yang tepat serta beralun dan cara bacaan teks skrip untuk program yang berprotokol tinggi dan besar seperti program di istana.

~RJ~

Tinggalkan komen anda