Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Jalinan Mesra Keluarga Malaysia

By 28 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Khairul Othman /Parimala Devi Suppiah/Abd Halim Jumat/Fairuz Redza Ithnin (Jelebu)

JELEBU, 28 Okt (Malaysiaaktif) –Pejabat Penerangan Daerah Jelebu telah mengadakan Program Sepakat@Komuniti:Jalinan Mesra Keluarga Malaysia sempena dengan pelancaran konsep Keluarga Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 23 Oktober yang lalu sekaligus menyampaikan amanat Perdana Menteri tentang intipati konsep Keluarga Malaysia.

Program Sepakat@Komuniti:Jalinan Mesra Keluarga Malaysia yang diadakan di Hotel Sri Klawang dalam suasana santai telah dihadiri oleh Keluarga Malaysia daerah Jelebu yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan,pemimpin masyarakat,ahli-ahli NGO,AMANITA Jelebu,Persatuan Pengguna Daerah Jelebu serta masyarakat majmuk Keluarga Malaysia dari sekitar Jelebu.

‘Bahayanya Dadah’ merupakan tajuk ceramah yang disampaikan oleh Nur Hanani Mohd Nor, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jelebu.

“Dadah adalah sejenis bahan atau kimia yang merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Jenis-jenis dadah yang mudah didapati di Malaysia, antaranya ganja,methamphetamine,ecstacy,morfin dan heroin,” kata Nur Hanai dalam ceramah yang disampaikan.

Beliau turut menasihatkan supaya sentiasa memantau kelakuan dan aktiviti ahli keluarga sendiri kerana zaman sekarang mudah untuk dapatkan bekalan dadah melalui pembelian atas talian dan jangan malu untuk tampil mendapatkan khidmat berkenaan dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Ceramah Keluarga Malaysia disampaikan oleh Shaharuddin Daud Abu Hasan, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah yang menerangkan konsep Keluarga Malaysia dan menjunjung prinsip institusi keluarga yang akan sentiasa berperanan dan memelihara agama,melindungi keselamatan,menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Shaziera Yahya, program pada hari ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkenaan kempen dan usaha kerajaan kepada Keluarga Malaysia di daerah Jelebu mengenai isu-isu semasa.

“Saya juga mahu mengingatkan supaya Keluarga Malaysia Jelebu sentiasa menjaga diri dan mengambil tindakan keselamatan kendiri dengan melakukan ujian pengesahan COVID-19 secara kendiri,” kata Shaziera Yahya ketika berucap pada perasmian penutup, semalam.

Antara para peserta yang hadir Program Sepakat@Komuniti: Jalinan Mesra Keluarga Malaysia.

Antara para peserta yang hadir Program Sepakat@Komuniti: Jalinan Mesra Keluarga Malaysia.

Awang Lijon merupakan Pengerusi Persatuan Orang Asli Daerah Jelebu berkata,”saya mengucapkan terima kasih atas jemputan dari Pejabat Penerangan Daerah Jelebu kerana sudi menjemput kami masyarakat orang asli ke program ini.

“Dengan program ini dapatlah kami lebih memahami konsep Keluarga Malaysia yang di ilhamkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Program Sepakat@Komuniti:Jalinan Mesra Keluarga Malaysia ini telah dijayakan dengan sederhana dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

-FF

Tinggalkan komen anda