Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Majlis Apreasasi Rakan Strategik Pejabat Penerangan Daerah Tampin

By 29 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 29 Okt 2021 (Malaysiaaktif) – Majlis Apresiasi Rakan Strategik merupakan salah satu program selian Pejabat Penerangan Tampin yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dan sesi libat urus PPD Tampin bersama orang berpengaruh (OBP) di Daerah Tampin dalam suasana yang lebih santai.

Selain itu, program ini juga merupakan salah satu medium PPD Tampin untuk memasarkan maklumat yang berkaitan isu semasa, dasar-dasar serta inisiatif kerajaan termasuk menyediakan E-Perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama,bangsa dan pahaman politik.

Program ini juga merupakan pendekatan terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku diperingkat akar umbi serta mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi semasa.

Menurut Shazira Yahya, Penolong Pengarah cawangan PKPM Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Program ini diadakan bagi penghargaan segala jasa pada semua pihak agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Tampin pada setiap tahun terutamanya sewaktu menyambut sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar jalur gemilang pada bulan Ogos sehingga September yang lalu dan kempen pematuhan SOP sepanjang tahun.

“Meskipun program tersebut berlangsung semasa keadaan negara dalam usha menangani wabak COVID-19 perlaksanaan program tersebut turut berlangsung mengikut SOP standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas selesai Majlis Apresiasi Rakan Strategik, di sini semalam.

Penolong Pengarah cawangan PKPM Jabatan Penerangan Negeri Sembilan memberi cenderahati kepada ADUN GEMENCHEH.

Penolong Pengarah cawangan PKPM Jabatan Penerangan Negeri Sembilan memberi cenderahati kepada ADUN GEMENCHEH.

Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said, ADUN Gemas berkata program ini adalah memberi impak yang positif dalam kalangan masyarakat serta merupakan salah satu program yang sangat baik diteruskan kerana Pejabat Penerangan Daerah Tampian akan sentiasa turun di lapangan dalam Daerah Tampin bagi melaksanakan hebahan atau dikenali sebagai Info On Wheel IOW mengenai isu berkaitan Status COVID, SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan serta Pembudayaan Norma Baharu dalam kalangan masyarakat.

Penolong Pengarah cawangan PKPM Jabatan Penerangan Negeri Sembilan memberi cenderahati kepada ADUN Gemas.

Penolong Pengarah cawangan PKPM Jabatan Penerangan Negeri Sembilan memberi cenderahati kepada ADUN Gemas.

“Disamping itu, Pejabat Penerangan Daerah Tampin juga sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada semua pihak agensi kerajaan dan NGO yang terdapat dalam daerah Tampin,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua agensi – agensi yang banyak membantu mengadakan program-program yang mendatangkan impak yang baik pada masyarakat dan beliau berharap aktiviti ini dapat diteruskan.

Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Mohd Isam bin Haji Mohd Isa, ADUN Gemencheh’, Yang Berhormat Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said, ADUN Gemas, YDH Superintendan Anuwal Ab Wahab, Ketua Polis Tampin, Insp Awang Hamad Bin Abdullah, Ketua Balai Polis Daerah Tampin Yang Berusaha Tuan Dulasi Nathan, Ketua Balai Bomba Tampin, LT. (PA) Muhammad Muthalib Satiman, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tampin dan Yang Berusaha Tuan Riduan Utoh, Pegawai RELA Tampin.

-FF

Tinggalkan komen anda