Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Rakit Redah Jeram Sempena HSN 2021

By 11 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama/IPD Selama

SELAMA, 11 OKT (Malaysiaaktif) – Dalam memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2021 kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kecil Selama turut menyahut seruan membudayakan gaya hidup sihat dengan sukan ekstrem rakit redah jeram dalam kalangan pasukan PDRM baru-baru ini.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama Suriati Mat Daud, PDRM antara jabatan yang tidak pernah gagal untuk menyertai HSN pada setiap tahun, dan kali ini penglibatan IPD Selama dengan turut serta acara MyFit@home iaitu senamrobik HSN & rakit redah jeram.

“HSN 2021 dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang melibatkan pegawai kanan, anggota serta pegawai awam dan terus disusuli dengan aktiviti rakit redah jeram.

“Kehadiran Ketua Polis Daerah Selama, Supt Mohd Sabri Saad turut serta dalam pelbagai aktiviti menambah kemeriahan pengisian sambutan HSN 2021 yang telah dirancang,” katanya yang ditemui sempena program di Sungai Siputeh, di sini kelmarin.

Aktiviti rakit redah jeram HSN 2021 turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Selama, Supt Mohd Sabri bin Saad.

Aktiviti rakit redah jeram HSN 2021 turut disertai oleh Ketua Polis Daerah Selama Supt. Mohd Sabri Saad.

Aktiviti sukan ekstrem yang berlangsung di Hub Eco Pelancongan Ulu Selama itu menguji fizikal dan mental pesertanya termasuk empat anggota wanita.

“Warga PDRM sememangnya sentiasa digerakkan untuk menjalani aktiviti fizikal bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan disamping memenuhi keperluan tugas yang sentiasa padat serta memerlukan stamina yang tinggi dalam memastikan keperluan emosi diurus dengan baik yang mana aktiviti sukan seharusnya menjadi rutin setiap warga PDRM.

Penyertaan MyFit@home - Senamrobik HSN2021 melibatkan semua warga IPD Selama.

Penyertaan MyFit@home – Senamrobik HSN2021 melibatkan semua warga IPD Selama.

“Terima kasih atas penglibatan semua dan semoga warga Larut Matang dan Selama khususnya Daerah Kecil Selama kekal sihat cergas dan aktif,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Selama DSP Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dan Ketua Bahagian Pengurusan ASP Azhar Abu Hashim.

~RJ~

Tinggalkan komen anda