Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Rentas Negeri Lonjak Pendapatan Peniaga

By 18 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Para peniaga kini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri kepada orang ramai bermula Isnin lalu selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.

Seorang peniaga menjual buah-buahan, Samsul Aiman Mamat, 19, berkata beliau yang telah menjalankan perniagaan berkonsepkan Food Truck sejak dua tahun lalu berasa syukur dan gembira apabila kerajaan mengumumkan orang ramai dibolehkan merentas negeri.

“Pengumuman berkenaan merupakan khabar gembira dan perkara yang telah lama kami tunggu-tunggu,” katanya ketika ditemuramah di tapak jualan Food Truck, Seberang Takir, di sini baru-baru ini.

Menurut Samsul Aiman, apabila orang ramai boleh merentas negeri, ramai pelancong akan datang ke Terengganu sekaligus dapat meningkatkan hasil penjualan peniaga-peniaga di sini.

Samsul Aiman, 19, syukur orang ramai sudah dibolehkan rentas negeri sekaligus meningkatkan jumlah peningkatan kehadiran di kawasan penjaja food truck berkenaan.

Samsul Aiman, 19, syukur orang ramai sudah dibolehkan rentas negeri sekaligus meningkatkan jumlah peningkatan kehadiran di kawasan penjaja food truck berkenaan.

“Sebelum ini, tidak ramai pengunjung datang untuk membeli di kawasan jualan sekitar sini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohamad Rashid Napis, 32, berkata dia yang merupakan seorang petugas barisan hadapan di sebuah Hospital Kerajaan berkata pengumuman berkenaan akan digunakan sebaiknya oleh rakyat.

“Pastinya peluang ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan pasangan, ibu bapa dan keluarga yang sudah lama terpisah dalam tempoh lama.

Mohamad Rashid, 32, menasihatkan orang ramai untuk terus patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Mohamad Rashid, 32, menasihatkan orang ramai untuk terus patuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Meskipun begitu, rakyat Malaysia diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun kebebasan pergerakan telah diberikan,” katanya.

Bagi peniaga Char Kuey Teow Penang, Aishah Abdullah, 23, pula berkata perkembangan ini juga sebenarnya memberikan sinar dalam menghidupkan kembali sektor pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat pandemik hampir dua tahun yang lalu.

“Pelan Pemulihan Pelancongan mengembalikan semula keyakinan orang ramai untuk pergi melancong dan menyemarakkan pelancongan domestik serta meningkatkan hasil pendapatan para peniaga-peniaga di sini,” katanya.

Mengulas mengenai kebenaran rentas negeri berkenaan, katanya ia akan menghidupkan semula pelancongan dan ekonomi setempat.

“Ini kerana ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara terutamanya merangsang aktiviti perniagaan dalam skala lebih luas dalam ekosistem pelancongan domestik antaranya sektor perhotelan, perkhidmatan, pengangkutan, makanan dan peruncitan,” ulasnya.

Tinggalkan komen anda