Lapora /foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)/Norazrul Shazali Sulaiman (Majlis Belia)
KUALA PILAH, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Walaupun berkerusi roda, semangat 21 peserta dari Persatuan OKU Sentral untuk menawan Bukit Sikai, Kuala Pilah tidak luntur sedikitpun.
Ini diakui sendiri oleh Mohd Yusof Abdul Hamid, salah seorang peserta yang turut serta di dalam Program Cabaran OKU @ Bukit Sikai pada Sabtu lalu.
“Ini merupakan cabaran yang kedua selepas menawan Bukit Taisho di Bahau yang berketnggian 270 meter dari aras laut.
“Setelah berbincang bersama Raja Bersiong Advanture Team dan Majlis Belia Daerah Kuala Pilah, kami melangkah pula untuk mendaki puncak Bukit Sikai yang berketinggian 280 meter dengan meggunakan kerata pacuan empat roda untuk sampai ke sana,” ujarnya lagi semasa ditemui di puncak Bukit Sikai, semalam.
Dalam pada masa yang sama, program ini juga mendapat sokongan yang kuat oleh Presiden OKU Sentral yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), YB Senator Ras Adiba Radzi.
“Saya berharap kepada rakan-rakan yang senasib dengan saya ini, tidak terlalu merendah akan keupayaan diri sendiri tetapi sebaliknya cabarlah diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu dilakukan, seperti Cabaran Bukit Sikai ini.
“Semangat kerjasama yang erata antara satu sama lain, memungkin untuk kita berjaya mencapai impian, walaupun kita mempunyai kekurangan,” ujarnya semasa merasmikan program ini.
Program ini juga mendapat tajaan makanan oleh McDonald’s Kuala Pilah.
-FF