Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kuala Pilah Dapat Papan Iklan LED Pertama di Negeri Sembilan

By 8 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah) / Mohd Nasir Mohd Nor (PDTKP) / Ammar Haziq Ibrahim (MDKP)

KUALA PILAH, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Kuala Pilah telah berjaya menyiapkan pemasangan papan iklan LED dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Kejayaan ini juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melestarikan pertumbuhan pembangunan yang mana setiap Majlis Daerah di Negeri Sembilan telah diperuntukkan sejumlah peruntukan untu memasang papan iklan LED ini.

Menurut YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Majlis Daerah Kuala Pilah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama melancarkan papan iklan LED ini di Negeri Sembilan.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan ucapan.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan ucapan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang terlibat dalam memajukan Dataran Kuala Pilah, yang mana ditempatkan papan iklan LED ini.

“Kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat dilihat dapat memberikan impak yang positif, dan secara keseluruhannya Daerah Kuala Pilah dilihat berjaya memberikan pandangan yang positif oleh pihak luar,” ujarnya dalam ucapan semasa Majlis Pelancaran Papan Iklan LED di Dataran Kuala Pilah, kelmarin.

Tambah beliau, dengan wujudnya papan iklan LED ini, dapat menarik minat pengunjung dari luar dan dalam daerah Kuala Pilah khususnya untuk melakukan aktiviti riadah di Dataran Kuala Pilah.

“Secara tidak langsung, ini akan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya kepada penduduk setempat dengan menjana peluang perniagaan bagi menambah pendapatan,” ujarnya lagi.

Sebahagian orang ramai yang hadir.

Sebahagian orang ramai yang hadir.

Beliau juga turut memberitahu kepada mana-mana agensi yang ingin membuat permohonan untuk penggunaan papan iklan LED tersebut, boleh berhubung terus dengan Majlis Daerah Kuala Pilah.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua, terutamanya anak muda untuk membuat aktiviti yang berfaedah seperti bersukan tanpa penyalahgunaan dadah sejajar dengan pengenalan dalam Pertandingan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,” tambah beliau.

Pengoperasian papan iklan LED ini adalah dari jam tujuh pagi hingga sebelas malam setiap hari.

-FF

Tinggalkan komen anda