Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Erat Hubungan dengan Gaya Hidup Sihat

By 30 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Noorshazana Shaadan (Port Dickson) / Nurul Ain Zaini (Majlis Belia Daerah)

PORT DICKSON, 30 Nov (Malaysiaaktif) – “Eratkan hubungan sambil kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan.

Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson, Nurul Ain Zaini berkata, matlamat utama penganjuran boling santai ini adalah untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara badan gabungan di bawah MBD Port Dickson bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

“Penglibatan lima badan gabungan yang turut serta bukan sahaja merapatkan hubungan antara satu sama lain, malah ia adalah ke arah amalan gaya hidup sihat dalam kalangan belia,” katanya selepas majlis penutup Boling Santai MBD Port Dickson di U-Bowl Aeon Mall, Seremban 2 di sini, baru-baru ini.

Katanya lagi, musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan aktiviti bersemuka setiap badan belia.

“Namun, ianya tidak menghalang MBD untuk terus membawa belia dalam aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Noorlidah Abu Bakar yang turut menyertai pertandingan ini berpendapat penglibatan belia dalam masyarakat sangat perlu kerana mereka dapat mengamalkan budaya hidup yang sihat.

“Gaya hidup sihat bukan pada sukan sahaja tapi boleh juga berkaitan dengan amalan kehidupan kita dalam kawasan setempat.

“Jadi, saya rasa belia ini sangat memainkan peranan penting dalam perkara ini,” katanya.

Pertandingan boling santai ini disertai oleh Gerakan Belia 4B (M) Telok Kemang, Persatuan Kelab Belia Malaysia ,(MAYC) Telok Kemang, Pertubuhan Belia Hindu Telok Kemang (HYO), Majlis Kelab Bell Belia Tamil Port Dickson (KBBT) dan Kelab Rakan Muda Telok Kemang (KKM).

Hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Noorulhuda Abdul Rahman.

-FF

Tinggalkan komen anda