Laporan/foto :Viji Kiruthika a/p Sondararaj (Seberang Perai Tengah)
SEBERANG JAYA, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Tujuh buah Kolej Komuniti di Pulau Pinang menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan Kursus Asas Pertahanan Awam Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA). Kursus ini melibatkan seramai 36 orang pelajar bertempat di Kolej Komuniti Seberang Jaya, baru-baru ini.
Kursus Asas Pertahanan Awam yang diadakan bagi melahirkan ahli PISPA yang sentiasa berusaha untuk menghayati nilai-nilai positif dan dapat diterjemahkan di dalam kehidupan seharian supaya dapat memberi kesan yang baik kepada masyarakat.
Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya, Ts Husaini Aza Mohd Adam berkata Kolej sangat prihatin dalam membentuk pasukan demi persediaan untuk membantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi kerja-kerja kesukarelawan ini.
“Adalah diharapkan agar dapat menyediakan ahli PISPA yang kompeten dalam aspek pengurusan bencana, menambah keyakinan dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
“PISPA kolej mempunyai strategi bagi melatih dan meningkatkan kemahiran ahlinya dalam meningkatkan ilmu pertahanan awam kerana kesiapsiagaan penting dalam menghadapi sebarang bentuk bencana ataupun kecelakaaan,” katanya.
Menurut Husaini, dalam kursus ini,Kolej Komuniti Seberang Jaya mengetuai semua kolej termasuk Kolej Komuniti Bayan Baru, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan Kolej Komuniti Nibong Tebal.
“Kursus selamat dua hari yang diadakan mulai 10 dan 11 November 2021 memberikan Asas Pertolongan Cemas, Asas Balutan (Teori & Praktikal), Rawatan CSR, Asas Menyelamat dan Asas Kimia Kebakaran yang disampaikan oleh jurulatih dari Jabatan Pertahawan Awam Malaysia,” jelasnya.