Skip to main content
MA

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu

By 12 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Khairul Othman /Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 12 Nov (Malaysiaaktif) –Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu tahun 1443 Hijriah telah diadakan semalam di Gelanggang Serbaguna Kampung Gagu,Jelebu.

Majlis sambutan ini dianjurkan oleh pihak Pentadbiran Daerah Jelebu dan Masjid Kariah Gagu.

Majlis sambutan ini telah di hadiri oleh Yang Teramat Mulia Dato Undang Luak Jelebu,Dato-dato Lembaga Delapan Luak Jelebu,wakil-wakil rakyat kawasan Jelebu,ketua-ketua jabatan daerah Jelebu serta penduduk sekitar Jelebu.

Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Haji Maarof bin Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu Yang Ke-16 perkenan mencemar kaus bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Jelebu bagi tahun 1443 Hijriah pada hari ini.

“Bertepatanlah dengan tema kali ini, “MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI” selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang menekankan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan, dan kesyukuran,” ujar beliau ketika memberi ucapan perasmian, di sini semalam.

Slot ceramah juga turut diselitkan dalam majlis ini yang di sampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri Dr. Muhammad Yusry Mazlan dengan tajuk ceramah ‘Makrifat Nur Muhammad’.

Acara berselawat beramai-ramai.

Acara berselawat beramai-ramai.

Majlis yang berakhir dengan selawat beramai-ramai telah dipimpin oleh kakitangan dari Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

-FF

Tinggalkan komen anda