Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
IPOH 12 Nov (Malaysiaaktif) – Keluarga Malaysia adalah aspirasi daripada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri yang mana konsep Keluarga Malaysia mendukung erat perpaduan yang berasaskan Perlembangaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara dalam mencapai titik kebersamaan serta jalinan erat rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Taklimat Keluarga Malaysia telah berlangsung bersempena dengan program Taklimat Isu-isu Semasa Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak di Audtitorium RTM di sini baru-baru ini dengan menjemput Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Isa Jasin sebagai panel penceramah.
“Bercakap dari hati, hati jua yang mendengar’’ dalam menyampaikan maklumat Keluarga Malaysia kita harus ada keikhlasan dalam penyampaian disamping banyak membaca serta perlu bijak memilih sumber dalam memahami maklumat berkaitan Keluarga Malaysia dengan sahih sebelum berkongsi kepada orang awam” ujar Isa Jasin dalam taklimat beliau.
Tambahnya, kita juga harus tahu mengapa Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 dan belajar dari kesilapan lalu yang mana peristiwa 13 Mei 1669 telah menjadi kemuncak berlakunya perpecahan antara kaum yang telah mengorbankan nyawa serta harta benda, jesturu itu kita perlu terus menjaga perpaduan dalam Keluarga Malaysia disamping mengamalkan nilai-nilai murni seperti berintegriti.
Munurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak, Mohd Fauzi Rosli jangan jadikan perbezaan itu sebagai titik kelemahan kita sebaliknya jadikannya sebagai titik persamaan yang lebih erat sebagai satu pasukan dalam jabatan agar dapat terus menjayakan agenda Keluarga Malaysia seterusnya dihayati dalam ucapan perasmian beliau di sini baru-baru ini, turut hadir Penolong Pengarah jabatan Penerangan Negeri Perak, Sazeli Ghazali, Noor Idayu Yeop Husin dan Hasan Ashaari Abu Bakar.
~RJ~