Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Pengumuman Penamaan Calon Dari Dalam Van SPR

By 9 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto :Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

TANJONG KLING, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Pengumuman penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka bagi Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) kawasan Pantai Kundor terpaksa di lakukan oleh Penolong Pegawai Pengurus (ARO) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Norzizi Yati Jimat melalui van bergerak SPR berikutan beliau telah di klasifikasikan sebagai kotak rapat COVID-19.

Pegawai SPR yang enggan dikenali berkata, Pegawai Pengurus (RO), Zukhairi Arun dan ARO telah di sahkan sebagai kotak rapat kepada individu yang telah disahkan positif COVID-19 menyebabkan mereka terpaksa dipakaikan gelang merah jambu dan menjalani kuarintin wajib.

“RO terpaksa menjalani kuarintin wajib di kediamannya dan tidak dibenarkan bertugas manakala ARO dibenarkan bertugas oleh pegawai Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan menggunakan peralatan perlindungan diri lengkap (PPE) dan diasingkan dari orang ramai,” kata pegawai SPR ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam, semalam.

Tambah beliau, mereka terpaksa memindahkan lokasi penamaan calon dari lokasi asal iaitu di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam ke perkarangan sekolah berikutan masalah yang berlaku dan kami sendiri tidak mahu merisikokan kesihatan para petugas mahupun rombongan calon.

“Kami melakukan segala urusan pendaftaran dan semakan dokumen calon lalu memasukkan dokumen tersebut ke dalam plastik lalu menyerahkannya kepada ARO yang berada didalam van bergerak SPR untuk membuat semakan terakhir dan menurunkan tandatangannya berikutan kuasa yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agong hanyalah kepada RO dan ARO”, katanya lagi.

Pengumuman ARO.

Pengumuman ARO.

ARO dihantar ke lokasi penamaan calon DUN Pantai Kundor pada jam 8.30 pagi menaiki ambulan PKD dan di lihat terus di hantar naik ke van bergerak SPR sebaik sahaja beliau tiba dilokasi dan segala urusan penyerahan borang dilakukan melalui tingkap van bergerak SPR.

-FF

Tinggalkan komen anda