Skip to main content
Berita TengahHomeMAPutrajaya

Pembangunan Aplikasi Internet Perlu Seiring Pembangunan Teknologi Semasa

By 14 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Zaidy (Putrajaya)/KKMM

PUTRAJAYA, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Pembangunan aplikasi internet perlu bergerak seiring dengan pembangunan teknologi semasa dengan fokus untuk memudahkan orang ramai dalam urusan penghantaran dan penerimaan bungkusan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata sektor koperasi perlu memberikan tumpuan dalam usaha pembangunan perisian aplikasi perkhidmatan untuk kegunaan pengguna.

“Saya pasti ruang yang ada boleh membawa pulangan yang baik kepada koperasi dan anggotanya kerana dengan semangat bekerjasama ini dapat memberi sinergi yang jitu dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya merasmikan Majlis Jalinan Kerjasama Sistem Penghantaran dan Penerimaan Bungkusan Secara Aplikasi Internet di Wisma Ungku Aziz, Petaling Jaya hari ini.

Majlis Menandatangani MOU Jalinan Kerjasama antara ASEAN Co-operative Organisation (ACO) Koperasi 1 Malaysia Berhad dan Paecel365 Sdn Bhd.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara ASEAN Co-operative Organisation (ACO) Koperasi 1 Malaysia Berhad dan Paecel365 Sdn. Bhd.

Zahidi berkata gerakan koperasi negara yang dinaungi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) telah banyak memajukan koperasi khas untuk membangunkan sosioekonomi ahlinya dengan menggunakan teknologi terkini.

“Pengenalan perkhidmatan diberi nama Parcel365 ini dilihat cukup relevan kerana melibatkan perkembangan teknologi semasa yang sememangnya diberikan tumpuan oleh pihak kerajaan dan kini direalisasikan oleh gabungan kerjasama antara sektor koperasi dengan syarikat swasta.

Zahid mencuba peti Parcel365.

Demonstrasi peti Parcel365.

“Berdasarkan laporan e-Conomy SEA 2020 yang diterbitkan oleh Google, Temasek, dan Bain & Company, terdapat peningkatan mendadak dalam kalangan pengguna Malaysia yang beralih kepada perkhidmatan digital,” katanya.

Laporan tersebut juga menyatakan, seorang daripada tiga rakyat Malaysia telah menggunakan perkhidmatan digital buat pertama kalinya pada 2020.

“Kesan ketara daripada data tersebut menunjukkan peningkatan tahap penggunaan teknologi digital yang tinggi dan pantas pada masa hadapan dan ini boleh diterjemahkan dalam potensi pertumbuhan yang memberangsangkan untuk sektor e-dagang, merangkumi rantaian penawaran dan permintaan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda