Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Kerajaan Terus Berusaha Kurangkan Beban Mangsa Banjir

By 29 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
ALOR GAJAH, 29 Dis (Malaysiaaktif)– Seramai 215 orang daripada tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri Melaka menerima sumbangan mangsa banjir Monsun Timur Laut pada hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sebagai bukti keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kita menyerahkan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
sebanyak RM1,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Setakat ini, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM400,000 kepada Kerajaan Negeri Melaka, saya faham, sumbangan ini mungkin tidak dapat
menggantikan kerugian yang dialami oleh tuan-tuan dan puan-puan, namun Kerajaan akan terus berusaha untuk membantu dan meringankan bebanan rakyat yang terjejas.

“Kerajaan Negeri Melaka melalui pelbagai agensi dan jabatan yang berkaitan juga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Pada
masa yang sama, saya juga menyeru kepada mana-mana organisasi lain untuk turut bersama-samamenghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,” ujar ketua menteri Melaka.

Menurut mangsa banjir, Sabastiammal Savariar yang tinggal di Jalan Keretapi Lama Pengkalan Alor Gajah, kejadian banjir sering berlaku di kawasan beliau namun banjir kali ini lebih teruk kerana air naik dengan cepat jam 4.00 pagi dan tidak dapat selamatkan harta benda.

Sabastiammal Savariar, bersyukur dengan bantuan yang diterima hari ini.

Sabastiammal Savariar, bersyukur dengan bantuan yang diterima hari ini.

“Bantuan awal di Pusat Pemindaan Sementara (PPS) sangat bagus, keperluan makanan diuruskan dengan baik, dan hari ini saya datang menerima bantuan RM1000 daripada kerajaan.

” Wang ini dapat bantu membeli barangan yang rosak akibat banjir minggu lepas dan sedikit keperluan makanan harian saya, terima kasih kerajaan kerana prihatin kepada mangsa banjir,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda