Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Tidak Pernah Gagal Bayar Semula Hutang Negara Mengikut Jadual

By 20 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi pembayaran semula hutang negara mengikut jadual, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata komitmen tersebut membuktikan disiplin kerajaan dalam aspek pengurusan hutang yang lebih mampan.

Beliau berkata sehingga akhir September tahun ini, hutang negara mencecah RM969.3 bilion atau 64 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Daripada jumlah hutang ini, hutang statutori berjumlah RM905 bilion atau 59.7 peratus kepada KDNK, iaitu masih di bawah had statutori 60 peratus. Had statutori ini telah dinaikkan kepada 65 peratus kepada KDNK pada Oktober lepas,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee yang ingin tahu adakah negara akan menjadi negara penghutang sekiranya hutang negara berterusan dan bertambah teruk.

Dalam pada itu, Yamani Hafez berkata pelaksanaan langkah rekonsiliasi fiskal serta kutipan hasil yang lebih baik pasca krisis dijangka dapat mengurangkan paras hutang dan beban bayaran khidmat hutang secara beransur-ansur demi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

“Namun, bayaran khidmat hutang adalah satu perbelanjaan yang masih mampu kita bayar dan ia diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 98(1)(b) iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan Persekutuan.

“Ini memastikan kerajaan dapat membuat bayaran khidmat hutang mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda