Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Kembali ke Paras 2,000

By 21 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 21 Dis (Malaysiaaktif) – Selepas tujuh bulan, jangkitan harian COVID-19 dalam negara kembali turun ke paras 2,000 apabila 2,589 kes baharu dilaporkan semalam.

Kali terakhir kes harian COVID-19 merekodkan angka pada paras 2,000 adalah pada 3 Mei lepas iaitu 2,500.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 2,589 kes baharu itu, 66 kes atau 2.5 peratus adalah kategori tiga, empat, dan lima manakala 2,523 kes atau 97.5 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 379 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 210 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19, semalam.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham memaklumkan 3,810 kes menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,638,191.

Selain itu, beliau berkata Rt (kadar kebolehjangkitan) bagi seluruh negara setakat kelmarin adalah 0.92.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda