Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Lukisan Mural Berskala Besar Tarikan Baharu Tampin

By 16 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Noraini Mohd Nasir / Majlis Daerah Tampin (Tampin)

TAMPIN, 16 Dis 2021 (Malaysiaaktif) – Bagi menceriakan bangunan lama dan kawasan lorong sekitar belakang premis di daerah ini, Majlis Daerah Tampin (MDT) telah mengambil inisiatif dengan mempamerkan lukisan mural berkonsepkan Doodle berskala besar bagi menghiasi dinding bangunan lama sekitar pekan ini.

Menurut Tuan Zahari Md Afandi, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin, idea mengusahakan projek mural ini tercetus apabila melihat keadaan premis bangunan yang kurang selamat dan berisiko berlakunya kejadian vandalisme terutama disekitar belakang bangunan lama.

“Secara umumnya projek mural ini telah berjaya disiapkan pada 10 Disember lalu dan ianya terletak di sekitar lorong belakang dari Tampin Square menghala ke Perhentian Bas Pulau Sebang.

“Kawasan ini dipilih kerana ianya merupakan satu-satunya bandar berkembar di Malaysia dan terletak bersempadan dengan dua buah negeri iaitu Tampin, Negeri Sembilan dan Pulau Sebang, Melaka.

“Projek mural ini tercetus apabila pihak MDT memandang serius isu keselamatan dalam indikator bandar selamat dan mengambil inisiatif untuk menaiktaraf lorong belakang serta memulihara bangunan lama yang berisiko,” ujar beliau sewaktu dihubungi baru-baru ini.

Hasil lukisan mural yang telah siap dilukis.

Hasil lukisan mural yang telah siap dilukis.

Dalam pada itu, Tuan Zahari turut memaklumkan bahawa projek mural ini bukan sekadar memelihara bangunan lama, malah ianya merupakan salah satu inisiatif pihak MDT untuk menarik pelancong datang ke daerah ini dan secara tidak langsung mampu meningkatkan sumber pendapatan serta ekonomi rakyat tempatan.

“Dengan adanya lukisan mural yang berkonsepkan seni adat budaya Negeri Sembilan serta produk-produk pelancongan di daerah ini, ianya sedikit sebanyak mampu menjadi tarikan para pelancong dan sekaligus mampu mempromosikan bandar Tampin dikalangan pelancong luar.

Selain lukisan mural pihak MDT turut membina word art TAMPIN dan memasang lampu limpah yang menarik bagi menghiasi serta menghidupkan suasana malam sekitar pekan ini.

-FF

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda