Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

MPT MENERIMA PENGIKTIRAFAN DARI MTC GOLD AWARD 2021

By 13 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto : Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang & Selama)/Majlis Perbandaran Taiping (MPT)

TAIPING, 13 DIS (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menerima Anugerah Malaysia Tourism Council (MTC) Gold Awards 2021 bagi kategori Best Sustainable Tourism Program.

Anugerah tersebut disampaikan dalam satu majlis di New World Hotel, Petaling Jaya di sini baru-baru ini.

Anugerah ini merupakan anugerah keempat dari penganjuran anugerah yang sama tetapi berlainan kategori.

MPT telah menghantar maklumat kepada penganjur seperti usaha konservasi burung botak upih, inisiatif program pemantauan pembiakan burung Hud-hud, usaha pemuliharaan pokok hujan-hujan dan promosi Taman Tasik Taiping dan Taman Botani Perak sebagai tarikan pelancongan serta projek rintis Bandar Mesra Usia Taiping.

Sebelum ini, MPT telah menerima anugerah bagi kategori Gold Award Heritage & Eco Tourism Destination bagi tahun 2017, kategori Gold Award Tourism Promotions Campaign bagi tahun 2018, dan kategori The Best of Eco Tourism Destination bagi tahun 2019.

Menurut Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir, usaha-usaha yang dilaksanakan oleh MPT tidak lain tidak bukan untuk memastikan kawasan-kawasan tumpuan pelancong kekal menjadi pilihan utama untuk dilawati di Taiping khususnya.

“Selain pelancong, jurugambar bebas dan pencinta alam sekitar dari seluruh negara turut menyokong usaha ini dengan menghadirkan diri di Taiping untuk bersama-sama dalam program yang MPT anjurkan.”

Tambah beliau lagi, kita pasti dapat melihat industri mula aktif apabila sempadan negara dan negeri mula terbuka.

Semoga dengan penerimaan anugerah ini akan merancakkan lagi industri pelancongan di Taiping.

~RJ~

Tinggalkan komen anda