Laporan/foto: Sarinah Ahmad (Manjung)
MANJUNG, 7 DIS (Malaysiaaktif)– Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Serdang Mukim Sitiawan dan RPT Keramat Mukim Lumut telah berlangsung di Dewan Badminton Pejabat Daerah Tanah Manjung di sini, semalam.
Seramai 32 orang penerima yang berkelayakan telah mendapat manfaat daripada penyerahan geran hak milik RPT ini.
Majlis dirasmikan oleh Setiausaha politik Menteri Besar Perak Darul Riduan, Dato Sham Mat Sahat.
Menurut beliau, dalam tahun 2021 kerajaan negeri komited untuk menyelesaikan sebanyak 2,512 hak milik melibatkan 38 RPT di seluruh negeri Perak.
Beliau berharap usaha ini merupakan mekanisme terbaik bagi membantu menangani masalah perumahan yang dihadapi oleh rakyat yang ketiadaan tanah untuk mendirikan rumah.
“Pemberian geran hak milik ini perlulah dihargai kerana nilainya yang tinggi dan jangan sesekali disalah guna, sebaiknya gunakanlah untuk kepentingan keluar,” ujar beliau semasa ucapan perasmian.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir, Orang Besar Jajahan Manjung, Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Bersara Dato’ Shaharuddin Nazari dan Pegawai Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris.
~RJ~