Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Siasatan Pengambilan Tanah di Sungai Baru, Kampung Bharu Ditangguhkan Tahun Hadapan

By 10 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Siasatan pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini ditangguhkan ke tahun hadapan bagi membolehkan rundingan antara pemaju dan pemilik lot/flat PKNS Sungai Baru mencapai satu persetujuan.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

“Menteri Wilayah Persekutuan akan sentiasa berusaha untuk membantu bagi memastikan rundingan di antara pemaju dan pemilik lot/flat terbabit berjalan dengan harmoni,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui PKB bertindak sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan semula itu selaras fungsinya yang dinyatakan dalam Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (Akta 733), katanya.

Sehubungan dengan itu, KWP dan PKB telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan rundingan bersama Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL), pemaju dan pemilik lot/flat PKNS Sungai Baru berkenaan isu tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda