Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

79.5 Peratus Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Wang Ihsan Setakat Tengah Hari Ini

By 6 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 39,255 atau 79.5 peratus daripada 49,394 ketua isi rumah terlibat banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat pukul 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ciapan di Twitternya, Ismail Sabri berkata mereka yang masih belum mendaftar boleh segera menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pegawai Daerah untuk bantuan segera kerajaan Persekutuan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia antaranya meliputi BWI sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah berbanding RM500 sebelum ini.

Bayaran bantuan berkenaan disalurkan sejak 27 Disember tahun lepas, iaitu 10 hari selepas kejadian banjir agak luar biasa yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda