Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Jualan Keluarga Malaysia Bantu Ringankan Kos Sara Hidup Rakyat

By 10 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto: Azimee Abdullah
(Barat Daya)

BALIK PULAU, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Jualan barangan keperluan harian dengan potongan harga 15 hingga 20 peratus jauh lebih rendah daripada harga pasaran tempatan ternyata membantu meringakan kos sara hidup masyarakat setempat.

Pengurangan harga yang ditawarkan menerusi Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi pelbagai pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai keperluan harian.

Antara barang yang turut dijual di PJKM.

Antara barang yang turut dijual di PJKM.

Rata-rata pengunjung yang ditemui Malaysia Aktif berharap agar pihak KPDNHEP dapat menganjurkan PJKM dengan lebih kerap.

Pengunjung, Shamsiah Hassan, 50, berkata pelaksanaan PJKM dapat membantu meringankan kos sara hidupnya.

“Harga barangan keperluan yang ditawarkan dalam PJKM ini adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran”.

“Diharap, kerajaan akan terus mengadakan inisiatif sebegini kerana ianya dapat membantu mengurangkan beban rakyat terutamanya ibu tunggal seperti saya,”katanya

Antara barang yang turut dijual di PJKM.

Antara barang yang turut dijual di PJKM.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim berkata penduduk seharusnya mengambil peluang terhadap inisiatif dan usaha KPDNHEP dalam membantu mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan kepada masyarakat.

“Difahamkan, penduduk di sekitar kawasan ini juga tidak terkecuali berhadapan dengan kenaikan harga barang.

“Karnival jualan yang diadakan ini membolehkan masyarakat setempat mendapatkan barangan dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran,”katanya ketika ditemui di Tapak Parkir Masjid Daerah Barat Daya.

Menurutnya, jualan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, sayuran, ikan segar dan ayam dijual dengan potongan harga sebanyak 20 peratus.

“Terdapat lima daerah di Pulau Pinang dan diharap KPDNHEP akan mengadakan jualan ini di seluruh lokasi-lokasi terpilih di Pulau Pinang,” katanya.

Inisiatif menganjurkan PJKM adalah salah satu usaha menangani kenaikan harga barangan yang melanda negara sekarang.

Tinggalkan komen anda