Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perniagaan Islam Membangun Ekonomi Ummah

By 2 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Abdullah Rejab

KULIM, 2 Jan – Pasaraya Ikhwan bertempat di Keda Mall milik sepenuhnya GISB Holdings mengambil inisiatif memperkenalkan produk jenama buatan Muslim dan 100% dijamin halal dengan mengadakan Karnival Islam selama lima hari berturut. Karnival ini bermula sejak 29 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022.

Perasmian Karnival Islam yang berlangsung baru-baru Ini disempurnakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Lunas, Azman Nasrudin.

”Karnival Islam ini menyaksikan pelbagai barangan yang mampu dihasilkan oleh orang Islam sendiri termasuk Peniaga Kecil Sederhana dan memberi ruang bagi mereka memperkenalkan dan memasarkan produk mereka sendiri.

“Saya sebagai wakil penduduk di sini amat berbesar hati dengan penganjuran program sebegini di sini kerana mampu merancakan kembali sosial ekonomi penduduk selepas terkesan akibat PKP,” ujar beliau ketika ucapan perasmian.

Azman Nasrudin ketika ucapan perasmian Karnival Islam.

Azman Nasrudin ketika ucapan perasmian Karnival Islam.

Menurut Pengarah Urusan Pasar Raya Ikhwan Kulim, Mohd Azral Mohd Noor, GISB Holdings juga turut menghantar kumpulan bantuan untuk membantu mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa buah negeri bagi membantu dari segi keperluan asas, pakaian dan tenaga kepada penduduk yang terkesan akibat banjir.

GISB Holdings juga dikenali seluruh dunia dengan membuka pelbagai cawangan rantaian di 17 buah negara dan mempunyai ladang penternakan dan pertanian miliknya sendiri.

Karnival yang berlangsung selama 5 hari ini juga menyediakan pelbagai aktiviti bagi semua peringkat umur seperti menunggang kuda, aktiviti memanah, memandu ATV dan menyajikan persembahan nasyid serta bual bicara yang dikelolakan oleh pihak GISB Holdings sendiri.

Terdapat juga perkhidmatan kaunter Tabung Haji, ASB dan pameran motosikal berkuasa tinggi. GISB Holdings menyasarkan 50 ribu orang pengunjung yang akan hadir sepanjang karnival ini berlangsung.

~RJ~

Tinggalkan komen anda