Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SPRM Buka Kertas Siasatan Kes Kolam Takungan Air

By 5 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan enam kolam takungan banjir di sekitar ibu negara yang diluluskan ditukar status untuk projek pembangunan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata SPRM akan menyiasat melibatkan pelbagai aspek termasuklah unsur rasuah dan salah guna kuasa.

“Setakat ini, belum ada lagi mana-mana individu yang akan dipanggil (berhubung isu ini). Kes ini disiasat di bawah Akta SPRM 2009,” katanya kepada Bernama semalam.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera berhubung dakwaan terbabit yang bertentangan dengan matlamat sebenar keperluan kolam berkenaan.

Beliau juga dilaporkan berkata Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, Datuk Bandar meluluskan 943 kebenaran perancangan walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (PBKL) 2020.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda