Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Seribu Penyokong Bola Sepak Pasukan Perlis Memberikan Sokongan di Perlawanan Liga M3

By 20 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Hasrat Pasukan Perlis United FC untuk meraih kemenangan pertama di dalam Kejohanan Liga M3 tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada pasukan PIB FC di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar malam tadi.

Pada separuh masa pertama perlawanan, pasukan PIB FC mendahului 2-0 hasil jaringan oleh Muhammad Hadi Mohamad di minit ke 18 dan di susuli jaringan kedua pada minit 37 hasil penyudah Muhammad Huzaini.

Berselang babak kedua, pasukan Perlis United meningkat serangan ke kubu pasukan lawan dengan asakan bertali arus tetapi nasib tidak memihak kepada pasukan tuan rumah malam tadi apabila pasukan pelawat memperolehi jaringan ketiga oleh Muhammad Fa’es Hafize di minit ke 85.

Lebih dari seribu penonton hadir menyaksikan perlawanan tersebut dengan mengamalkan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda