Laporan/foto: Mohd Firdauf Alias/Basharudin Md Yasin
JERANTUT, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Mangsa banjir di Pahang terus menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri apabila seramai 495 Ketua Isi Rumah di Jerantut menerima sumbangan.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Pulau Tawar Dato’ Haji Nazri Ngah di Dewan Majlis Daerah Jerantut, hari ini.
“Sumbangan wang bantuan ini diharap dapat digunakan sebaiknya seperti membaiki kerosakan-kerosakan rumah akibat banjir baru baru ini,” ujar Nazri.
Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Jerantut, Puan Khairunnissa Aris serta Ketua-ketua Jabatan di daerah Jerantut.
-ZS-