Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

AADK Pupuk Kesedaran Masyarakat Benteras Dadah

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)

SERKAM, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Program Hari Antidadah Kebangsaan 2022 telah berlangsung Program Walkabout di Pantai Siring, Serkam.

Program yang diadakan adalah bagi memberikan maklumat kepada masyarakat adalah penting mengenai bahaya dadah dalam komuniti kita dan seterusnya memberikan kesan yang teruk akibat dalam pengambilan dadah.

Program ini juga memberikan kesedaran kepada masyarakat sekiranya ada dikalangan ahli keluarga atau terdekat perlulah melaporkan kepada agensi AADK dengan segera bagi membanteras gejala pengambilan dadah dari berterusan.

Program yang diadakan telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Jasin dan AADK Jasin bagi sama-sama menjayakan Hari Antidadah Kebangsaan 2022 dengan tema sambutan #LebihBaikCegah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda