Laporan & Foto : Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 menyebabkan Hamsyidar Yunus, mengusahakan perniagaan Bahulu Sabut Waris Sitam kuih tradisional dibakar panas menggunakan sabut secara harian sebagai usaha menambah pendapatan keluarga sehingga mendapat sambutan luar biasa sehingga berjaya menghasilkan sebanyak 50 bekas kuih dengan anggaran 2000 biji bahulu sehari bergantung pada permintaan dan tempahan jualan secara atas talian.
Hamsyidar berkata, bagi meningkatkan hasil pengeluaran beliau mendapat bantuan peralatan dari pihak RISDA seperti tong, acuan, sinki, mixer, mesin denso dan meja tapak beroda manakala Pejabat Pertanian Rembau membina satu unit bengkel sebagai galakan dan sokongan perniagaan selain menggunakan platform e-dagang dan media sosial Facebook untuk mempromosi dan mengembangkan perniagaan.
-ZS-