Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Banjir Semakin Surut

By 28 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Banjir yang melanda Daerah Hulu Terengganu beberapa hari lalu semakin surut pada hari ini membolehkan bantuan yang lebih teratur dihantar kepada mangsa banjir di sekitar Kuala Berang.

Walaupun begitu, jalan utama yang menghubungkan Ajil ke Kuala Berang masih ditutup kepada semua kenderaan berikutan air yang masih tinggi di persimpangan Paya Besar.

Pengguna jalanraya dari Kuala Terengganu yang ingin ke Hulu Terengganu dinasihatkan melalui jalan alternatif di persimpangan Wakaf Tapai, Kampung Kuala Kejir seterusnya ke Hulu Terengganu.

Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang perseorangan dilihat mula membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta membantu membersihkan rumah kediaman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda