Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi/Muhd Naim Mohd Shaari
JEMPOL, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Keunikan istiadat Kerjan Penyandang Pesaka Adat Dato’ Maharaja Setia ke-14 YM Dato’ Maharaja Setia Haji Ilias bin Haji Isa yang diadakan pagi tadi di Kg Kuala Sialang.
Istiadat dimulakan dengan acara ‘bersiram’ sebagai simbolik penyucian diri terhadap ketua yang dilantik dan kemudian diarak ke rumah telapak Adat. Sejurus kemudian, istiadat menyembah Dato’ Maharaja Setia oleh Buapak/Besar waris/Ibu Soko & Anak Buah Suku Tiga Batu Maharaja Setia.
Istiadat kerjan ini wajib dilaksanakan selepas istiadat pengisytiharan dibuat pada 15 September 2020 yang lalu dan setelah istiadat kerjan ini dibuat barulah Dato’ Lembaga yang dilantik ini akan memulakan tugasan dan barulah layak menjadi ketua di kalangan perut mereka.
Istiadat pada hari ini berjalan lancar dan turut dihadiri ketua-ketua jabatan dalam daerah Jempol.
-ZS-