Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)
KUCHING, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 382 orang murid yang berumur di antara sembilan hingga 11 tahun telah menerima suntikan dos pertama vaksin ‘comirnaty’ keluaran Pfizer Bio-NTech di PPV SJK Sam Hap Hin, Kota Sentosa, hari ini.
Menurut Chew Hock Chai, 44, suntikan vaksinasi membabitkan kanak-kanak adalah penting dalam usaha mengelakkan penularan wabak di sekolah dan juga memastikan pembelajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan lancar.
-ZS-