Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Erzufariza Zulkifly
MARAN, 13 Feb (Malaysiaaktif)- Seramai 1226 mangsa banjir dari seluruh Parlimen Maran yang merangkumi DUN Luit, Kuala Sentul dan Chenor menerima sumbangan bantuan banjir.
Bantuan itu disampaikan oleh Datuk Sri Dr Haji Ismail Haji Abdul Muttalib, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Maran.
Majlis penyampaian yang berlangsung selama dua hari di Dewan Arena Maran, Dewan Kg Jara dan Dewan Arena Chenor turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Maran, Datuk Sharuddin Jali serta Ahli Dewan Negeri Kawasan yang terbabit.
Antara sumbangan yang disampaikan adalah bekalan makanan, barangan elektrik dan wang tunai.
-ZS-