Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Giliran Masjid dan Surau di Jerantut Terima Bantuan

By 10 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azrul Azham/Basharuddin Md Yasin (Jerantut)

JERANTUT, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri meneruskan bantuan bencana banjir dengan menyalurkan sumbangan kepada masjid dan surau di daerah Jerantut.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau yang terjejas adalah akibat banjir yang melanda daerah tersebut baru-baru ini.

“Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memperuntukkan lebih RM1 juta bantuan kepada lebih 90 masjid dan surau yang terjejas banjir di negeri ini yang diperoleh melalui sumbangan daripada beberapa agensi.

“Bagi daerah Jerantut, antara masjid dan surau yang menerima sumbangan kerajaan negeri adalah Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi, Masjid Kampung Damak dan Surau Kampung Paya Garuk,” katanya ketika menyampaikan sumbangan di Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi, di sini baru-baru ini.

-RI

Tinggalkan komen anda