Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

12 Mac 2022 Tarikh Mengundi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15

By 10 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/Mohd Najib Mohaini (Johor)

JOHOR BAHRU, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 12 Mac 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor Ke-15.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon telah ditetapkan pada 26 Febuari dan Hari mengundi awal pada 8 Mac. Tempoh berkempen pula ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding pada 26 Febuari.

Sebanyak 1084 pusat mengundi akan dibuka bagi PRN Johor pada kali ini dan dianggarkan RM96 juta diperlukan untuk menjalankan pilihan raya ini.

Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 dalam proses kemaskini dan akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan nanti.

Turut hadir, Pengarah SPR Negeri Johor, Nor Nekman Jaimon dan Setiausaha SPR Dato’ Ikmalrudin Ishak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda