Skip to main content
HomeMATerengganu

Jalinan Kasih Keluarga Bersama KSN.

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu) Shuhaimi Ahmad (Terengganu) 

KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali menyempurnakan Program Jalinan Kasih Keluarga Bersama Ketua Setiausaha Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bayas, Kuala Terengganu pada Sabtu lalu.
Program anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Terengganu menyumbang kepada 80 keluarga sebagai penerima sumbangan bakul makanan keperluan harian manakala lima lagi menerima sumbangan kerusi roda.

Mohd Zuki menyampaikan sumbangan RM10,000.00 kepada wakil Masjid Kampung Bukit Bayas pada program Jalinan Kasih Keluarga Bersama Ketua Setiausaha Negara di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Kuala Terengganu.

Pada program tersebut, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki juga menyerahkan cek RM10,000.00 kepada pengurusan Masjid Kampung Bukit Bayas dan RM5,000.00 kepada pentadbir SK Bukit Bayas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda