Skip to main content
MA

MB Terengganu Dan KSN Saksi Sign Off Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan.

By 15 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Negeri Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Feb, (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali menyaksikan majlis Sign Off Pembangunan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (PSUK) dan Agensi di bawahnya 2021-2025 dengan Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan dokumen Pembangunan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (PSUK) dan Agensi Di Bawahnya 2021-2025 kepada wakil agensi terlibat.

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan dokumen Pembangunan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (PSUK) dan Agensi Di Bawahnya 2021-2025 kepada wakil agensi terlibat.

PSUK diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja manakala MAMPU diwakili oleh ketua pengarahnya, Datuk Seri Dr. Yusuf Ismail.

Majlis menandatangani perjanjian itu adalah bagi melaksanakan Pembangunan Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (PSUK) dan Agensi di bawahnya 2021-2025 merangkumi lima bidang utama iaitu perkhidmatan, aplikasi dan data, infrastruktur dan keselamatan ICT, tadbir urus dan keupayaan digital.

-ZS-

Tinggalkan komen anda