Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)
KEMAMAN, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Hampir 300 orang masyarakat Cina di Daerah Kemaman hadir memeriahkan program yang diadakan di Dewan Dato` Seri Amar Diraja Kemaman, semalam.
Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.
Para hadirin dihiburkan dengan persembahan Tarian Singa dari Kelab Tarian Singa Kemaman dan nyanyian sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur.
-ZS-