Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Permainan Bola Sepak di atas ‘Tanah Koi’

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

PERLIS, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Bagi anda yang ingin merasai pengalaman ‘bermain bola di tanah koi’ seperti remaja-remaja di zaman dulu kini masanya!

Keadaan ‘petak’ sawah yang kering dan setelah dituai padi pada musim ini di negeri Perlis mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di Kampung.

Kg Permatang Bongor antara kampung yang mempunyai petak sawah sedang kering.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Permatang Bongor, Azlisham Abdul Jamil, beliau dan penduduk kampung bergotong royong menyediakan peralatan seperti tiang gol yang dibuat dari buluh untuk memberi pengalaman kepada kanak-kanak di zaman moden ini merasai cara bermain bola sepak seperti zaman dahulu.

Permainan bola sepak di atas ‘tanah koi’ ini merujuk kepada pemukaan tanah sawah yang keras dan berjerami selepas padi dituai dan pemain ‘berkaki ayam’ untuk menyepak bola dan juga pada masa dahulu, ia menjadi tradisi perlawanan bola sepak dengan kampung yang bersebelahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda