Skip to main content
HomeMASelangor

Remaja 14 Tahun Maut Jatuh Tingkat 10

By 13 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor

RAWANG, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun maut dipercayai jatuh dari tingkat 10 dalam kejadian di Blok Seroja Taman Tun Teja, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan kejadian lebih kurang jam 3 petang.

Mayat remaja perempuan yang jatuh dari tingkat atas Blok Seroja Taman Tun Teja dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Mayat remaja perempuan yang jatuh dari tingkat atas Blok Seroja Taman Tun Teja dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap memakai seluar pendek warna biru dan baju warna hitam.

Menurutnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga keputusan bedah siasat diketahui.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda