Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Shaharuddin Daud @ Abu Hassan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 13 Feb (Malaysia Aktif) – Selalunya kita mengetahui apabila urusan peminangan, akan ada berbalas pantun daripada wakil pihak lelaki dan perempuan. Di Negeri Sembilan ianya dikenali sebagai teromba.
Teromba, di dalam adat Negeri Sembilan merupakan susunan perbilangan adat pepatih yang dibacakan semasa sesuatu majlis adat dijalankan, dan ia mengandungi kata-kata yang merujuk kembali kepada ajaran Islam.
Teromba yang dialunkan semasa adat peminangan dibaca oleh buapak iaitu wakil pengantin lelaki dan perempuan, serta diakhiri oleh ibu soko.
Seperti mana juga pantun, begitulah juga teromba di dalam adat peminangan ini, ada yang menjual, ada yang membeli.
-ZS-