Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jalan Pesisir Pantai Kini Dibuka

By 1 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

LABUAN, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Jalan pesisir pantai bernilai RM125.5 juta yang menghubungkan beberapa kampung dan kawasan perumahan ke pusat bandar dibuka secara rasmi hari ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Labuan, Ir Suhaizad Sulaiman, berkata jalan sepanjang kira-kira lima kilometer itu akan menambah baik rangkaian perhubungan Labuan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Tun Mustapha.

“Projek itu mula dibina pada 19 Disember 2017 di bawah Rancangan Malaysia ke-11 juga memanfaatkan sekurang-kurangnya 35 peratus pengguna jalan raya di pulau bebas cukai,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda