Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

40 Anggota dan Orang Awam Terima Anugerah Penghargaan Sempena Sambutan Hari Polis ke 215 Daerah Sik

By 26 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Insp Norsuhadah Md Shah (Sik)

SIK, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang anggota polis dan orang awam menerima Sijil Penghargaan sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 peringkat daerah IPD Sik, pagi tadi.

Daripada jumlah itu, 20 anggota polis mewakili pelbagai pangkat dan bahagian menerima sijil atas prestasi cemerlang yang dipamerkan sementara 20 orang awam turut menerima penghargaan diatas kerjasama bersama pihak polis dalam menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Abdull Razak Osman Abdull Razak berkata penghargaan ini diharap dapat memberi suntikan semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

“Saya juga menyanjung tinggi pengorbanan dan amat berbangga dengan semangat yang dipamerkan oleh setiap warga pasukan dalam memikul amanah Kerajaan,” ujarnya di Sambutan Hari Peringatan Polis ke 215 Peringkat IPD Sik di Perkarangan IPD Sik, pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda